Jose Mourinho meluahkan rasa tidak puas hati dengan penafian penalti kepada penjaga garisan dalam aksi EPL menentang Bournemouth awal pagi tadi yang berakhir dengan seri tanpa jaringan. Foto Kredit: AP

LONDON – Jose Mourinho terkilan dengan keputusan Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dan pengadil yang sekali lagi ‘menghancurkan’ peluang mata pasukannya Tottenham Hotspurs yang dinafikan sepakan penalti dalam aksi berdepan Borunemouth awal pagi tadi.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu, pasukan Jose terikat seri tanpa jaringan dalam aksi di Stokley Park.

Jose membidas pengadil perlawanan Paul Tierney yang memberi isyarat meneruskan perlawanan apabila Harry Kane diterjah keras oleh Joshua King yang sepatutnya ‘dihadiahkan’ sepakan penalti untuk pasukannnya.

Minggu lalu skuad Jose telah berdepan keputusan kontroversi sama berdepan Sheffield United yang turut dinafikan gol Kane oleh pengadil Michael Oliver.

Kane diterjah pada awal lima minit perlawanan separuh masa pertama tetapi pengadil tidak menghadiahkan penalti manakala VAR juga gagal membuat keputusan tepat dalam perkara tersebut.

“Di dunia ini setiap peminat yang menyaksikan perlawanan tadi tahu sepakan penalti patut diberikan tetapi pengadil dan VAR menafikan sepakan penalti,” keluh Mourinho.

Mourinho tidak berada dalam mood terbaik sejak keputusan mengecewakan itu menyusul akibat kesilapan pengadil dan VAR.

Insiden itu menyebabkan Mourinho meninggalkan stadium tanpa sidang media pasca perlawanan pagi tadi ekoran masalah sistem teknikal dalam persidangan itu.

Perlawanan berkenaan juga menyaksikan anak buahnya gagal merekodkan sebarang percubaan tepat gol di gawang lawan sekaligus gagal mecatatkan kemenangan dalam ena perlawanan berturut-turut.-MalaysiaGazette