Mendiang Kevin Morais

KUALA LUMPUR – Setelah hampir lima tahun kes pembunuhan berprofil tinggi menggegarkan negara membabitkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, Mahkamah Tinggi, sebentar lagi sekitar 3 petang akan membuat keputusan.

Keputusan oleh Mahkamah Tinggi hari ini sama ada membebaskan atau mendapati  bersalah enam tertuduh yang didakwa telah melakukan pembunuhan kejam itu pada 4 September 2015.

Kesemua yang tertuduh itu ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama, pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran,28, AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.

Seandainya sabit kesalahan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 11 Jun lepas, Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan hari ini iaitu 10 Julai bagi jatuh hukum selepas mendengar hujah peguam kepada enam tertuduh kes terbabit dan pihak pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Sebelum ini kesemua suspek diarah membela diri pada 20 November 2017, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan dalam kes berkenaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Saiful Edris Zainuddin.

Bagi pembelaan pula, peguam, Datuk N Sivananthan mewakili Dr Kunaseegaran, manakala Datuk Sheelan Arjunan mewakili lima tertuduh lain.

Perbicaraan ini dianggap antara yang penting kerana membabitkan profil besar telah bermula sejak 6 April 2016 dengan mengemukakan 70 saksi pendakwaan sementara 14 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Keenam tertuduh ini didakwa telah melakukan perbuatan ini  ketika Kevin Morais idalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam September 2015.

Di awal kes iaitu pada 28 September 2015, tujuh tertuduh termasuk Kunaseegaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Kevis Morais.

Namun ketika itu tertuduh kedua, G Gunasekaran telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mendiang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini

Gunasekaran mengaku ketika perbicaraan dirinya telah menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais yang kemudiannya telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Dia juga kemudian dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-54 pendakwaan pada perbicaraan hari ke-39 kes pembunuhan itu.

Selain daripada itu, seorang tukang jahit yang menjadi saksi ke-37 pendakwaan dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah memberi keterangan palsu di mahkamah ketika menjadi saksi pada 27 September 2016.

Antara kronologi menarik sepanjang kehilangan Kevin Morais sebelum ditemui mati dalam keadaan tragik dengan dirinya tong dram yang diisi konkrit pada 16 September 2015 seperti berikut;

Pada 4 September 2015 ; Kevin Morais keluar dari kediamannya di Kondominium Menara Duta Jalan Dutamas sekitar 9 pagi menuju ke Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Sekitar 3 petang, mendiang dikatakan tidak hadir pejabat selepas rakan serumahnya, Davveen cuba menghubunginya berkali-kali.

Sehari selepas itu, petugas Balai Polis Hutan Melintang menerima laporan penemuan sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak dengan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord sama seperti milik mendiang.

Abang mangsa, Datuk Richard Dilaan Morais, dan laporan dibuat di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

Pada 6 September, pihak polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

Polis juga pada 9 September mengesahkan Kevin Morais telah dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) manakala kes itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Pada 14 September 2015, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Kevin Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis.

Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.
Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Dedah polis, Timbalan Pendakwa Raya itu dilihat ditarik masuk ke kereta suspek manakala keretanya turut dilarikan oleh suspek.

Tarikh keramat, 16 September misteri kehilangan Kevin Morais terungkai apabila sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ1 dan menemui sebuah tong dalam semak.

Sekitar 10 pagi hari sama, polis mengesahkan tong mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit. –MalaysaiGazette