Tottenham Hotspurs patut dihadiahkan sepakan penalti tetapi VAR melakukan kesilapan dalam perlawanan EPL awal pagi tadi.

LONDON – Liga Perdana Inggeris di England mengesahkan Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) telah membuat keputusan salah dalam penentuan penalti dalam beberapa aksi EPL pada Khamis ini.

Kata EPL, dalam aksi Man United menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi, skuad Ole Gunnar Solskjaer dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bruno Fernandes.

Southampton turut diberikan sepakan penalti menentang Everton di Goodison Park manakala Tottenham terikat seri tanpa jaringan dengan Bournemouth.

EPL mengesahkan Red Devils dan Southampton tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti oleh sistem VAR tetapi Tottenham sepatutnya menerima sepakan penalti dalam aksi semalam.

“Kalau sistem VAR mengadili sesebuah aksi sebelum membuat keputusan, ia seharusnya dinasihati seorang bekas pemain yang berkecuali bagi menentukan sifat seseorang pemain di atas padang yang bercenderung mendapatkan penalti.

“Ia kaedah yang boleh membantu sistem VAR untuk memantau dan menasihati mengenai pergerakan pemain atas padang apabila berlaku situasi kontroversi yang akan membawa kepada penalti.

Apabila seseorang pemain sengaja menjatuhkan diri di kotak lawan, seseorang pemain perlu untuk VAR untuk mengadili kelakuan pemain atas padang yang cuba mendapatkan sepakan penalti dengan cara tidak sihat,” kata bekas pemain Everton Tim Cahill.-MalaysiaGazette