Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) melambaikan tangan kepada para media semasa sidang media selepas pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan orang ramai yang menghantar ucapan selamat sempena ulang tahun hari kelahirannya yang ke-95 hari ini.

“Saya nampak Najib pun ada menulis dan saya ingin ucap terima kasih kepada beliau dan terima kasih semua yang mendoakan saya.

“Doa anda semua amat penting kerana saya gembira masih diingati oleh begitu ramai orang,” katanya dalam satu video di sini hari ini.

Mahathir menerima ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-95 hari ini termasuk daripada seterunya iaitu beberapa bulan selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam catatan di Facebook miliknya, Najib yang digantikan oleh Mahathir selepas PH memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018 mendoakan bekas mentornya itu panjang umur dan diberkati selain diberi kesihatan yang baik.

“Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia.

“Selamat ulang tahun ke-95, tuan,” katanya.

Pada masa sama, ucapan turut diterima di media sosial kepada Mahathir yang merupakan pemimpin tertinggi kerajaan paling lama berkuasa di Malaysia yang pernah memegang jawatan perdana menteri sebanyak dua kali. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Ucapan minta maaf kerna fitnah Najib bila lagi nk ungkap , tkkan ucap tkasih ja sbb Najib wish ..95 dh ..

  2. Moga Tun sentiasa sihat dan dikurnia rahmat Allah selalu. Berbeza politik tapi Tun tetap idola dan saudara seagama saya.

  3. Saya doakan moga Tun sempat bertaubat dan meminta maaf atas segala fitnah dan penganiayaan yg telah dia lakukan

  4. Najib ni jenis keturunan org baik2 dididik oleh ayahandanya golongan bamgsawan bekas PM ke2..

  5. Sya mendoakan semoga Tun M di panjangkan usia dan dimurahkan rezki… Jasamu ttp ku sanjung tinggi .. Kaulah satu satunya diantara berjuta insan yg teristimewa dihati kami rakyat Malaysia…

  6. Maksudnya bila panjang umur,ada ruang dn waktu utk mengaku salah dan mintala maaf.

  7. Ikut pandai Masing2 lah…. Dunia politik adalah amat kotor…… Tak percaya… Ikut pandai lah….

Comments are closed.