TERKINI : ‘Gerakan Reformis Malaysia’ Menyokong Penuh Anwar Ibrahim PM ke-9

Gerakan Reformis Malaysia (GRM) menepis dakwaan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan goyah.

Ia tetap konsisten walaupun perkembangan terbaharu Tun Mahathir Mohamad dan Warisan mengisytiharkan diri mereka sebagai blok bebas.

Penyelaras GRM, Mustaffa Kamil Ayub berkata, soal itu tidak wujud kerana kenyataan mesyuarat presiden Pakatan Harapan sudah membuat ketetapan memilih Anwar.

“Kenyataan PH (Pakatan Harapan) sudah tuntas dan jelas bahawa calon PM kesembilan adalah Anwar dengan dihadiri pucuk pimpinan keadilan, DAP dan Amanah.