Menteri Wilayah Persekutuan Tan Seri Annuar Musa meyampaikan watikah kepada penerima Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Menara DBKL. foto MOHD ADZLAN, 11 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa lega ekoran keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) dan berada di blok bebas.

Selain Mahathir, lima lagi ahli Parlimen memilih untuk berada di blok bebas dalam dan luar Parlimen.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, dirinya cukup kenal dengan bekas Perdana Menteri itu dan yakin dengan keputusan Mahathir itu akan membuka ruang kepada sebarang kerjasama pada masa depan.

“Yang penting, mereka (Mahathir dan Warisan) bukan bersama pembangkang, bersama Pakatan Harapan (PH). Yang itu susah, sifatnya lain.

“Seperti yang kita semua tahu, sebenarnya bebas ini tidak pernah menggugat sebaliknya akan memainkan peranan. Saya beri contoh di Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, ada calon bebas tapi tidaklah menggugat.

“Saya mengalu-alukan keputusan ini. Ini sudah cukup baik ambil sikap jadi wakil rakyat bebas, itu hak mereka yang perlu kita semua hormati. Sekurang-kurangnya kita (kerajaan) akan ada ruang untuk bekerjasama,” katanya selepas majlis penyampaian watikah Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Annuar mengulas kenyataan bersama dengan lima Ahli Parlimen iaitu Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) yang menegaskan mereka tidak bergabung dengan mana-mana gabungan baru-baru ini.

Mahathir turut mengulangi pendiriannya kekal menyokong Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

Katanya, walaupun Majlis Presiden PH menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri namun keputusan itu tidak membabitkan beliau dan rakannya serta Warisan.

Kata Annuar lagi, beliau sudah sangat ‘biasa’ dan kenal sangat dengan sikap Mahathir untuk jangka masa yang begitu lama malah pernah bekerja dengannya ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri ke-4.

“Saya percaya Tun tahu politik dan pendirian yang diambilnya. Saya tidak rasa pendirian beliau bak kata pepatah ‘berpatah arang, berkerat rotan’. Saya percaya dalam isu-isu nasioanl dan kepentingan rakyat, Tun akan bersama dengan kerajaan.

“Saya kenal Tun cukup lama, beliau mempunyai prinsip cukup kuat dalam perkara-perkara berkaitan rakyat. Saya gembira Tun ambil pendirian sebagai bebas. Susahlah jika Tun ambil pendirian bersama pembangkang.

“Bersyukur juga dengan beberapa wakil rakyat ambil pendirian serupa menjadi bebas, kita boleh berbeza pendapat tetapi masih boleh bekerjasama,” ujarnya. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun M, 5 ahli Parlimen bersama Warisan umum jadi blok bebas

6 Komen

  1. Apa benda la si anuar ni sembang. Dah macam2 kena pun sibuk nak beketjasama lagi. Sudahlah jangam buat rakyat naik meluat semula. Teruskan saja apa yang telah dipersetujui dalam muafakat nasional.

  2. Jangan lah nak sedapkan dengar telinga mahathir tu sangat. Kalau dalam hati kecik ada harapan nak bekerjasama dengan madey lupakanlah. Ular senduk tak boleh dijinak.

  3. Bila dah x dicalonkn sbg pm9 …tukar lagi arah angin…
    Betul3 ‘playsafe’ di atok ni….
    Permainan atok semakin dapat difahami oleh semua generasi di malaysia….

  4. Atuk dah tak releven dalam politik negara, semakin hilang sokongan. Biar saja lah apa dia nak buat, MN patut tunggu dan lihat saja. Jangan masuk perangkap. Klu dia nak masuk zoo pun biar lah, none of MN business

  5. Atuk Ne Kalau mahyiddin dengar Cakap Dia berkenaan dengan mukhris jadi timbalan PM. Pasti dia masuk dalam PN.

  6. Dunia ni memang dah diakhir zaman
    Betapa tidak..
    Orang tak dah malu bila khianat.
    Agama@dosa diletak belakang.

    Serban & jubah berpakaian ala Nabi tak lebih nak menipu.

    Yang lebih tragis bila ada manusia menjadi taksub meskipun dianugerahkan kepintaran taraf phd.

Comments are closed.