KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan warganegara asing berusia 17 tahun ditahan bersama-sama seorang lelaki dalam satu serbuan yang dilakukan pasukan polis.

Dalam serbuan di sebuah kondominium Taman Desa Brickfields, polis berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine (21.4 gram), Ketamin (33.7 gram) dan 3, 4-methylenedioxymethampthetamine (MDMA) seberat (1631 geram) berjumlah RM170,295.00..

kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan membuat pembungkusan dadah di kondominium berkenaan untuk dicampurkan dengan serbuk kopi sebelum dijual di kawasan Taman Desa dengan harga RM150 sepaket.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki Cina berusia 30 tahun itu baru enam bulan menyewa rumah kondominium dengan bayaran RM3,200 sebulan.

“Suspek mendapat bekalan dadah dari seorang lelaki Cina dan suspek akan membuat bungkusan semula dadah mencampurkan bersama serbuk kopi,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau memaklumkan, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki Cina itu positif Methampthetamine manakala suspek perempuan negatif.

Zairulnizam menambah, kedua-dua individu tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek ditahan reman selama enam hari bermula 11 Julai hingga 16 Julai bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati. – MalaysiaGazette