Arkib

KUALA LUMPUR- Kes positif Covid-19 kembali kepada dua angka kepada 14 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah tersebut 11 kes adalah penularan tempatan manakala baki tiga lagi adalah jangkitan luar negara.

Bagi penularan tempatan, tiga kes melibatkan warganegara Malaysia adalah daripada dua kes di Sarawak dan satu di Sabah.

Manakala baki lapan kes bukan warganegara Malaysia melibatkan kes-kes saringan kontak rapat kepada kes 8629 dan kes ke 8630 di Depot Tahanan Imigresen, Sepang.

Tiada kematian direkodkan hari ini.

“Sehingga kini, terdapat tiga kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini adalah 8,718 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 77 kes.

Empat kes telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.- MalaysiaGazette