Musa Hassan
Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Hassan Musa menasihatkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay agar jangan gentar dan berjaga-jaga berikutan ketegasannya dalam menjalankan tugas, khususnya  yang membabitkan ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara itu yang menyifatkan kenyataan Ayob Khan agar  ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan sebagai nasihat yang bernas dari seorang Ketua Polis Negeri berkata, ini kerana mereka akan terkesan dan daripada tergugat daripada ketegasannya itu.

“Nasihat saya kepada Dato Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Dato perlu berjaga2 kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Dato,” katanya menerusi akaun twitter hari ini..

Dalam temu bualnya dengan MalaysiaGazette, Ayob Khan berkata, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang.

Ketua Polis Johor itu  yang mengambil contoh tiada siapa merungut sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob dalam temu bual yang disiarkan semalam.

Menurut Musa, ia merupakan penjelasan yang jujur daripada Ayob Khan dan berdoa agar ramai lagi pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mempunyai prinsip dan sikap seperti itu.

“Semoga PDRM sentiasa cemerlang,” ujarnya yang mengucapkan syabas dan memintanya jangan gentar kerana Allah akan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran. – MalaysiaGazette

Orang politik jangan ganggu tugas polis – Ayob

8 Komen

  1. Org2 DAP ni ,dia ingat undang2 negara ni bapak dia punya.. tguk je kes terowong,selagi boleh cover dia akan cover..salah tetap salah.. tapi pada mereka kalau ada peguam yg bagus,salah akan jadi tak salah…babi betul

  2. Ini lah yg menyebabkan parti berkenaan agak sukar diterima. Terlalu extrime khususnya bila melibatkan isu2 LTTE, hak2 kesamarataan…… hinggakan ada dibangkitkan dlm media2 sosial yg mereka juga mempersoalkan beberapa perkara di dalam perlembagaan negara – hak keistemewaan org Melayu, isu yg menyentuh Sultan dan Raja2 Melayu, agama Islam dll.

    Jika itu adalah benar, tiada sebab pihak berkuasa harus undur kebelakang….. Ia harus di ambil tindakan sewajarnya tanpa gentar. RAKYAT TERAMAI AKAN BERSAMA PIHAK BERKUASA…..

    Selamat menjalankan tugas kpd Pihak Polis & kpd badan berkuasa yg lain demi negera tercinta…..without fear or fever!!!!!

  3. Terbaik KP johor… Bakal2 KPN malaysia… Jgn kira kedudukan dan status… Salah tetap salah

  4. Depa dia orang tu siapa makhluk penelungkup parasit perosak. Pihak berkuasa yang menjalankan tugas menegakkan undang2 mempastikan keselamatan awam dan ketenteraman negara. Kes LTTE MP dogandpig yang terangterang terbukti cukup boleh lepas begitu sahaja. Apa dah jadi ni. Patut dibuka semula jangan bagi can lansung. Siapapun tak boleh buat mainan lagi. Dengan cara ini belum
    buat apaapa lagi dah merasa kecut perut takut. Ha inilah jasajasa PH. Kalau tak sadarsadar lagi kita ni tak tahulah apa nak jadi. Syabas PDRM Tahniah PDRM.

  5. Syabas Kp johor, kami rakyat sokong apa yg tuan nyatakan…org takut hnya org yg buat jahat shja..org jahat mlysia bkn tempat nya…syabas tuan kp..kami rakyat harap lbh ramai anggota pdrm berjiwa besar n tegas sprti tuan kp jb..insyllah suatu hr nnti kami harap tu kp johor dpt jadi kp malaysia..malaysia perlukan n dahaga kn org sperti kp johor utk jadi ktua di mlysia bg pdrm.ayuh anak2 muda mlysia kita sokong kp johor..

  6. I believe many Malaysians feel that the government should appoint him as the new IGP. A very deserving character to be promoted to a higher position to revamp the existing police force. May God be with him. May the guardian angels safeguard him from all dangers, ameen!

  7. komunis ramai lagi ingat perjuangan tali barut pun ramai hapus kan terus, kita ke jalan yg benar bila jujur tugas kita Allah sentiasa disisi kita

Comments are closed.