kanak-kanak berusia 12 tahun hantar mesej perkauman terhadap Zaha ditahan polis.

LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditahan polis atas dakwaan menghantar mesej berbaur perkauman kepada Wilffed Zaha dalam media sosial.

Bintang Crystal Palace itu berkata, dia menerima beberapa mesej dalam media sosial sebelum perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris itu menyaksikan the Eagles tewas 0-2 kepada tuan rumah.

Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson menyifatkan tindakan penghantar mesej itu sebagai pengecut dan ia merupakan penghinaan kepada pemainnya.

Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menyifatkan mesej rasis yang diterima Zaha sebagai tidak boleh diterima.

Polis West Midlands mengesahkan kepada Zaha dalam akaun twitter bahawa polis berjaya mengesan dan menahan pelaku kesalahan itu.

“Kami sedia maklum mengenai beberapa siri mesej kesat dan perkauman yang dihantar kepada pemain bola sepak hari ini dan hasil siasatan kami berjaya menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun,” kata kata polis West Midlands

Hodgson menyatakan, beliau akan terus menyokong pemain, kakitangan, jurulatih, pengurus serta ahli keluarganya yang berdepan diskriminasi dalam talian. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Meanwhile in malaysia, insult other religions, then just say sorry in a press conference held by he or her political party, all settled. What a bless.

Comments are closed.