TERKINI : Malaysia Perlu Tampil Sebagai Negara Pengeluar Vaksin – Khairy Jamaluddin

Mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan agar Malaysia perlu segera tampil menjadi negara pengeluar vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Khairy Jamaluddin berkata, negara perlu membangunkan vaksin manusia bagi menampung kebergantungan sepenuhnya kepada beberapa negara pengeluar vaksin.

Ini kerana negara banyak bergantung kepada pengeluaran vaksin haiwan sebelum ini.