Olivier Giroud.

LONDON – Chelsea terus menghampiri Liga Juara-Juara musim depan apabila Olivier Giroud meledak gol tunggal ketika menang 1-0 ke atas Norwich di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kemenangan memberikan jurang empat mata buat pasukan tangga ketiga, Chelsea berbanding Leicester dan Manchester United, yang kedua-duanya masih ada satu perlawanan minggu ini.

Bagaimanapun, Pengurus Chelsea, Frank Lampard sedar kedudukan pasukan belum selamat kerana perlu berkunjung ke pasukan juara, Liverpool dan pasukan tangga keenam, Wolves ke Stamford Bridge pada hari terakhir musim ini pada dua perlawanan terakhir Chelsea.

Sabtu lalu, Chelsea tewas 3-0 di Sheffield United Sabtu  yang mengancam peluang Chelsea untuk kedudukan empat teratas.

Bekas pemain antarabangsa England itu melakukan lima perubahan daripada skuad disenaraikan di Bramall Lane dengan Giroud antara pemain kembali ke kesebelasan utama.

Giroud membuktikan dia masih berbiasa keputusan dengan menjadi antara penyerang terbaik Chelsea. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast