Man City asih belu boleh menarik nafas lega terlepas hukuman UEFSA kerana EPL pula sedang meneruskan siasatan mengenai kewangan kelab Etihad itu.

LONDON – Walaupun Manchester City sudah bergembira kerana sudah dibebaskan daripada penggantungan dua tahun akibat perlanggaran Peraturan Keadilan Kewangan (FFP) Kesatuan Bola Sepak Antarabangsa (UEFA) namun kelab Inggeris tidak boleh melepaskan diri daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurusan EPL berkata, kelab itu sedang disiasat pengurusan kewangannya walaupun menang di Mahkamah Timbang Tara Sukan di Zurich Isnin lalu.

Keputusan CAS menyaksikan skuad Pep Guardiola bebas beraksi dalam kejohanan antarabangsa Eropah termasuk Liga Juara-Juara Eropah musim 2020/21.

Namun EPL tidak menggunapakai keputusan itu dan sedang memantau rapat kewangan kelab Etihad itu.

City didenda UEFA sebanyak 27 juta pound dan dua tahun dilarang beraksi dalam kejohanan Eropah atas kesalahan mengemukakan laporan kewangan tidak betul antara 2012 dan 2016.

Sudah pasti Man City akan cemas memikirkan apa tindakan EPL yang masih meneruskan siasatan domestik berhubung soal FFP kelab itu.

Bagaimanapun EPL gagal memberikan sebarang komen berhubung laporan itu.- MalaysiaGazette