Kemalangan berlaku di laluan kereta api sibuk di bandar Cesky Brod.

PRAGUE – Sebuah kereta api penumpang dan kargo bertembung di ibu negara Czech, mengorbankan seorang pemandu dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Bahagian Keselamatan Rel Czech berkata, pemandu kereta api penumpang mati dalam nahas berhampiran stesen Cesky Brod di timur Prague kira-kira jam 9.30 malam, waktu tempatan, hari Selasa.

Tragedi itu berlaku selepas kereta api penumpang merempuh kereta api kargo yang berhenti.

Kira-kira 35 orang penumpang dilaporkan cedera.

Mereka telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Semasa kejadian, kira-kira 100 orang berada dalam kereta api tersebut.

Susulan kemalangan itu, laluan yang menghubungkan Prague dengan bahagian timur negara itu dijangka ditutup sehingga hari Rabu, kata syarikat kereta api.

Ia merupakan kemalangan kedua dalam seminggu selepas sebuah kereta api penumpang dengan kereta api kargo di sempadan Czech-Jerman pada 8 Julai lalu.

Kejadian yang masih dalam siasatan itu mengorbankan dua orang. – MalaysiaGazette