Erra Fazira. foto NOOREEZA HASHIM, 19 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Primadona filem, Erra Faizra menjelaskan dia dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shair masih berkawan baik walaupun hubungan telah berakhir Januari tahun lalu.

Malah, Erra, 46, memberitahu mereka juga masih berjumpa untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama.

“Kami masih berhubung… masih. Kalau ada masa lapang kami akan berjumpa untuk bermain badminton. Cuma bezanya tidak kerap. Sekali sekala tu adalah,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumumannya sebagai duta penjagaaan rambut, Faith Fleur baru-baru ini.

Januari tahun lalu, pasangan itu akhirnya berpisah selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun, Erra yang juga ibu tunggal tidak menjelaskan punca perpisahan mereka itu.

Sementara itu, Erra yang juga penyanyi dan pengacara mengatakan dia tidak merasa kecewa mahupun sedih dan percaya apa yang berlaku sudah ditetapkan Allah. – MalaysiaGazete