Jadon Sancho.

LONDON – Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho akan bersama Manchester United musim hadapan hanya sekiranya kelab itu layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Laporan media mendakwa pemain antarabangsa England itu berminat untuk pulang ke England untuk menyertai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun pemain itu menetapkan satu syarat itu kepada kelab yang bakal disertainya.

Skuad bimbingan Ole Solskjaer kini menghuni tempat kelima Liga Perdana Inggeris dengan berkongsi mata dengan pasukan di tempat keempat, Leicester City yang mana kedua-dua pasukan akan bertembung pada perlawanan terakhir EPL.

United menganggap tempat kelima sudah cukkup untuk beraksi saingan Liga Juara-Juara Eropah namun kejayaan pasukan jirannya Manchester City mengenepikan penggantungan dua tahun oleh Kesatuan Bola Sepak Antarabangsa (UEFA) melenyapkan harapan itu.

Berikutan itu, United perlu menang baki tiga perlawanan untuk pengesahan penyertaan ke Liga Juara-Juara Eropah. – Agensi