Hari ini terdapat tiga pertambahan kes positif Covid-19 yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) manakala tidak ada pertambahan kes kematian.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu antara tiga jangkitan baharu itu merupakan kes import melibatkan rakyat Malaysia manakala selebihnya merupakan penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara.
“Satu kes hasil saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta sebelum proses pemindahan ke DTI lain. Satu kes di Sarawak yang disaring oleh majikan di tempat kerja,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.