PLKN
Gambar hiasan.
Saya menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Pontian YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan yang mencadangkan mengembalikan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Beliau mencadangkan ketika sesi perbahasan Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
PLKN telah dilaksanakan pada 16 Februari 2004 dan merupakan kursus latihan wajib selama 3 bulan di Kem PLKN seluruh Malaysia bagi remaja berumur 17 tahun ke atas yang terpilih atau berminat untuk menyertai PLKN secara sukarela.
Pelaksanaan PLKN adalah untuk pembinaan sahsiah diri dengan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Pelatih PLKN akan dimanfaatkan dan dilengkapi oleh 4 modul iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti.
Saya sendiri turut terlibat dan menyertai latihan PLKN di Kem PLKN Jugra, Banting Kumpulan 2 Siri 10 Tahun 2013. Latihan PLKN telah banyak memberi manfaat kepada remaja terutamanya dalam pembentukan disiplin diri. Selain itu, PLKN turut menguatkan ketahanan fizikal dan mental saya bagi menangkis cabaran dan persaingan persekitaran.
Saban hari, negara kita ditimbulkan isu yang mengandungi unsur-unsur provokasi, prejudis dan persepsi yang didorong oleh pelbagai faktor. Isu-isu sensitif yang timbul dalam kalangan masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan, pegangan agama, serta etnik perkauman. Sekiranya isu-isu sensitif ini tidak dibendung dengan wajar, ia boleh membawa kepada kemusnahan yang besar terhadap masyarakat di Malaysia.
Oleh itu, saya menyeru kerajaan mengkaji semula keseluruhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menyegerakan pelaksanaan semula PLKN yang dihentikan pada tahun 2018. Modul-modul latihan PLKN juga perlu ditelitikan semula bagi memenuhi keperluan remaja semasa dan akan datang.
Dekad ini, dekad anda!
KONG CHENG ANN
SRW12 Ahli Parlimen Belia Malaysia
Negeri Sarawak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Kenapa buat plkn yea?
    Buat kilang lagi bagus kot?
    Buka peryanian ladang lagi bagus kot?
    Buat bengkel kemahiran lagi bagus kot?
    Buat petumahan murah lagi bagus kot?

  2. Sham.. aset negara bukan takat kilang atau bangunan shj tp warga belia juga. Jika bina kilang beribu ribu pun tp belia kita semua kaki dadah, kaki rempit, apa gunanya. Malaysia akan jd sekadar nama ja ada Malay nya.. rakyat yg Malay nya banyak dok pusat serenti. Positif la ckit kpd usaha usaha kerajaan.

Comments are closed.