Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Polis merampas dadah bernilai RM112,720 selepas menahan seorang lelaki di tepi Jalan Stesen Sentral, Brickfields pada 16 Julai lalu.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis merampas dua kad akses, satu rangkai anak
kunci kereta dan dua paket dadah disyaki jenis Methamphetamine (AB: 103.7 gm).

Bertindak atas hasil siasatan, pada jam 11.30 malam, hari yang sama, polis telah membuat pemeriksaan di sebuah bilik hotel mewah yang terletak di Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil pemeriksaan
tersebut, polis menemui dadah jenis Methamphetamine, pil ecstasy, pil Erimin 5 dan ganja.

Manakala, keputusan ujian saringan awal air kencing suspek juga positif Methampetamine.

“Hasil semakan lanjut, suspek didapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan
dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Suspek yang berusia 37 tahun itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 17 Julai sehingga 23 Julai 2020.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette