Muhammad Nizam Alias

KUALA LUMPUR – Muhammad Nizam Alias dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana (CEO) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Sebelum ini beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) syarikat itu sejak 3 September 2018.

Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pelantikan Muhammad Nizam bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini dipegang Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.

“Beliau bukan asing di Prasarana kerana pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada tahun 2008 dan pelantikannya disokong sebulat suara oleh Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast