Mohd Zarif Mohd Hashim

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

Pelantikan beliau mula berkuatkuasa pada 15 Julai lalu bagi menggantikan Abdul Yazid Kassim yang telah mengakhiri perkhidmatannya pada 30 Jun 2020.

Sebelum menyertai MRT Corp, Zarif, 49, memegang pelbagai jawatan di Sapura Group of Companies yang beliau sertai pada 2007.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, jawatan yang dipegangnya sejak 2014, yang mana beliau bersama-sama memimpin dan menguruskan kumpulan tersebut.

Pada masa yang sama, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan untuk Kluster Perniagaan Rel dan Teknologi, dari tahun 2011, dengan mengetuai perniagaan rel dan teknologi kumpulan tersebut.

“Kini kami berada di peringkat akhir pembinaan MRT Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) dan fokus saya adalah untuk memastikan bahawa laluan akan disiapkan tepat pada masanya dan berada dalam kos,,” kata Zarif.

Tambahnya, tumpuan beliau memastikan projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura dapat dimulakan dengan secepat mungkin.

Anak syarikat MRT Corp, Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd merupakan pemaju projek dan pemilik infrastruktur Projek Sistem Transit Rapid. – MalaysiaGazette