PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

LUMUT – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Berek Polis Pantai Remis, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, yang mangsa bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terlibat dengan Op Benteng COVID-19 di Manjung, menembak diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senjata api jenis M14 pada jam 9.25 malam.

Mangsa telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi, ketika dihubungi, mengesahkan insiden itu tanpa memberikan maklumat terperinci dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

— BERNAMA