Permaisuri Agong Terkilan Potret Mural Diconteng | EDISI MG 20 Julai 2020

”Semoga Allah SWT yang membalasnya,” kata Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui laman Instagram hari ini.

Baginda mengulas mengenai potret mural Yang Dipertuan Agong serta para pemimpin yang diconteng dengan kata-kata kesat.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku tengah malam tadi.