IMBAS KEMBALI..Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShaH dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan ketika hadir melawat lukisan mural baginda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – ”Semoga Allah SWT yang membalasnya,” kata Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda mengulas mengenai potret mural Yang Dipertuan Agung (YDPA) dan para pemimpin yang diconteng dengan kata-kata kesat.

Baginda terkilan kerana ada sesetengah rakyat yang tidak tahu bersyukur.

”Kenapa ada dalam sesetengah rakyat yang tidak tahu bersyukur,” kata baginda.

Potret mural dinding di sebuah bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 yang memaparkan wajah-wajah pemimpin negara iaitu YDPA, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia bukan sahaja diconteng tetapi turut dicemari dengan perkataan kesat.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku tengah malam tadi.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam bertindak memadam keseluruhan lukisan mural tersebut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Potret mural pemimpin diconteng dengan kata-kata kesat