Siapa sangka rumah yang didiami dengan tenang lebih 35 tahun lalu di Taman Hijau, Jalan Reko di sini menjadi mimpi ngeri kepada penduduk.
Pada Sabtu lalu, kawasan perumahan itu dilanda banjir kilat buat pertama kalinya. Sudahlah pertama kali melalui detik cemas itu, rata-rata mangsa trauma bagi menghadapi bencana alam itu yang mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai ribuan ringgit.
Bukan sahaja kelengkapan rumah seperti sofa, meja makan, almari serta peralatan elektrik bahkan kenderaan bernilai puluhan ribu ringgit juga gagal diselamatkan dalam bencana yang berlaku sepantas kilat itu.
kalau macam tu nak jual pun tak laku dah. hujan tak ribut pun tidah banjir boleh datang
.