Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Pihak Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Kementerian Kewangan mengambil tanggungjawab atas kesilapan maklumat mengenai inisiatif PRIHATIN dan PENJANA dalam perutusan Khas
Perdana Menteri pada 20 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, LAKSANA berkata, maklumat tersebut disediakan oleh pihaknya.

“Dengan rendah diri pihak kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan dan akan memastikan segala maklumat yang dipanjangkan ke Pejabat Perdana Menteri pada masa akan datang disemak dengan rapi supaya tiada kesilapan berlaku,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette