Seorang bekas ketua akaun akhirnya menerima hukuman penjara serta denda selepas didapati bersalah atas 81 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM5,502,414.
Tertuduh, Teo Chee Peng, 53,membuat pengakuan pada kali pertama dan ketika semua pertuduhan itu di bacakan kepadanya, dia mengaku bersalah dan mahu hukuman di jatuhkan terhadapnya.
Hakim Mahkamah Seksyen, Hakim Hasbullah Adam kemudian memutuskan hukuman penjara lima tahun enam bulan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap selain denda sebanyak RM283,000 iaitu RM3,500 bagi setiap pertuduhan. Seandainya tertuduh gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara akan di sambung selama 567 hari penjara.