TERKINI : Malaysia-Singapura Meterai Perjanjian RTS Hujung Bulan Ini – Wee Ka Siong

Malaysia dan Singapura telah bersetuju melanjutkan rundingan perjanjian-perjanjian berkaitan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Majlis pemeteraian tiga perjanjian iaitu bilateral, konsesi dan usaha sama RTS dijadualkan berlangsung di Tambak Johor, dengan disaksikan Perdana Menteri kedua-dua negara, pada 30 Julai ini.