Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta mengkaji semula penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), dalam menentukan harga bahan api di negara ini.

Ini kerana, harga petrol dan diesel yang dibayar oleh rakyat pada masa ini didakwa tidak selaras dengan harga minyak dunia yang telah merundum.

Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj berkata, walaupun harga minyak dunia merudum tetapi harga minyak kenderaan masih belum turun dengan signifikan.

Malah, katanya, formula APM tidak memiliki komponen perbelanjaan modal untuk pengeluar minyak menepati piawaian bahan api Euro untuk menurunkan kandungan sulfur bagi mengurangkan pencemaran udara.

”Maka, PSM menyeru kepada Datuk Alexander Nanta Linggi untuk mengkaji semula makenisma penetapan hargan bahan api kenderaan melalui proses konsultasi meja bulat dalam masa terdekat,” katanya yang memaklumkan akan menghubungi wakil menteri dua minggu lagi untuk mendapatkan maklum balas.

Malaysia sudah menggunakan formula itu dalam penetapan harga runcit bahan bakar sejak tahun 1983.

Oleh itu, katanya, formula APM perlu dikaji semula agar relevan dengan sosioekonomi dan struktur ekonomi terkini.

Beliau menyeru KPDNHEP mengkaji semula mekanisme penetapan harga bahan api kenderaan melalui konsultasi dengan pihak kepentingan termasuk peserta industri, ahli akademik, badan bukan kerajaan, persatuan pengguna dan parti politik serta rakyat. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.