Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegur Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang asyik ‘menjaja’ nama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan prosiding kesnya di mahkamah.

Tajuddin (Pasir Salak-BN) tidak berpuas hati apabila Mukhriz (Jerlun-Bebas) membangkitkan isu penyelewengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengaitkan nama Najib dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberitahu Mukhriz bahawa kes-kes berkaitan Najib dan 1MDB sedang dibicarakan di mahkamah.

“Tak usahlah buat tuduhan, seolah-olah menghakimkan, tunggulah mahkamah.

“Ini balik-balik macam bapa dia (Dr Mahathir Mohamad) juga. Tak habis-habis,” katanya mencelah ucapan Mukhriz ketika membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong.

Tajuddin seterusnya mempersoalkan dakwaan Mukhriz menjadi ahli lembaga pengarah di banyak syarikat.

“Nak cerita Yang Berhormat pun banyak, ahli keluarga Yang Berhormat pun bermacam-macam cerita, banyak kalau kita nak cerita.

“Buat duit berbilion-bilion, apa perniagaan pun, meniaga apa?,” soalnya.

Tajuddin Abdul Rahman

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudian cuba menenangkan keadaan dan meminta Tajuddin agar bertenang dan kembali duduk.

Mukhriz kemudian mencabar Tajuddin untuk membawa dakwaan yang dibuatnya itu ke peringkat mahkamah.

Tajuddin yang juga pengerusi Prasarana Malaysia Bhd mempertahankan dakwaannya dengan berkata beliau mempunyai bukti “gambar” dan senarai syarikat yang berkaitan dengan Mukhriz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Sapa yg memiliki saham paling byk dlm PETRON klu bkn anak2 atok. Masa atok jd pm 22 bln, atok minta semua kenderaan kerajaan isi minyak di Petron. Dulu masa bn, kenderaan kerajaan isi minyak di petronas. Boleh boboi bg penjelasan x

  2. Mukriz pasan pada bapa awak bapa dah tua nanti bila nak mampus suruh mengucap tak tahu.

  3. Jadi MB 2 kali pun Kedah jadi cacamarba. Memajukan Kedah jauh sekali. Datang ke Kedah time ada mesyuarat saja.. Rakyat Kedah dah bosan, bila ada masalah, asyik kena jumpa pegawai khas MB yang tidak cerdik tu…

  4. Selayaknya jadi Badut lagi baik. Rasanya pun tak layak juga. Malang betul malaysia dpt Ahli Parlimen Sebodoh Boboboy.

Comments are closed.