Ahli Parlimen (Batu Kawan-DAP), Kasthuri Patto

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (Batu Kawan-DAP), Kasthuri Patto mencadangkan agar Dewan Rakyat meminda Peraturan Mesyuarat.

Pindaan itu adalah supaya dewan mengambil tindakan lebih tegas terhadap Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan seksis, rasis, atau tidak beradab ketika mesyuarat berlangsung.

Dalam kenyataannya Kashturi mencadangkan dua pindaan pada Peraturan Mesyuarat 36:

– Ahli Dewan yang menggunakan perkataan seksis, rasis, atau yang menyinggung perasaan sehingga menyebabkan penghinaan atau kebencian terhadap ahli dewan lain atau terhadap mana kelompok penduduk dan melanggar peraturan, secara automatik dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

– Ahli Dewan yang melanggar peraturan dengan niat atau pengetahuan dalam siasatan akan didenda tidak kurang RM500 sebagai hukuman.

Kasthuri mencadangkan pindaan itu kerana peraturan sedia ada terlalu umum dan tidak dapat mencegah ahli Dewan Rakyat daripada melanggar peraturan.

Menurut Kasthuri, beliau sudah berkali-kali segelintir ahli dewan membuat kenyataan menghina dan mengaibkan ahli dewan lain dan menarik semula dengan permintaan maaf yang tidak jujur.

Minggu lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, menyebut perkataan “gelap”, “tak nampak’ dan “pakailah bedak” ketika Kasthuri berucap.

Bagaimanapun, Azeez mengambil sikap profesional apabila pada keesokkan harinya beliau menarik balik dan memohon maaf atas sindiran warna kulit itu.

Saya pun gelap, apa jadi isu – Azeez

Beliau turut menjelaskan tidak berniat untuk memanggil sesiapa dalam kalangan yang berhormat dengan panggilan “gelap”, sambil merujuk perkataan itu kepada dirinya sendiri yang berkulit gelap.

Azeez turut menolak beliau menyindir Kasthuri sebaliknya, mengatakan ada masalah pencahayaan di tempat duduk ahli Parlimen itu kerana beliau pernah duduk di situ. – MalaysiaGazette

TERKINI : KECOH LAGI… Azeez Rahim Sindir Siapa? “Gelap, Tak Nampak, Pakai Bedak”

1 Komen

  1. Di Amerika Syarikat sejak zaman berzaman, kaum kulit hitam dikenali sebagai Black American atau African American, tak ada isu pun!

    Tak usahlah lagi nak bahas perkara2 yang tidak bermanafaat dan remeh temeh di parlimen!

    Ianya benar2 membuang masa rakyat!

Comments are closed.