Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini menafikan satu berita yang ditularkan di media sosial ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Pasukan Respon Pantas, satu laporan palsu kali ini melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dakwaan gelombang ketiga pandemik Covid-19.

“Kementerian menafikan dakwaan bahawa Malaysia sedang mengalami gelombang ketiga Covid-19 berikutan kenaikan kes tempatan dalam masa satu minggu.

“Ini berikutan kerajaan bercadang untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes aktif meningkat melebihi 100 kes,” katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian menyarankan orang ramai agar melayari media rasmi  untuk mendapatkan maklumat tepat dan benar.

“Orang ramai disaran melayari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Twitter (KKMPutrajaya) dan Instagram (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mendapatkan maklumat sahih,” katanya. – MalaysiaGazette