PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

LABUAN- Beberapa hari selepas media melaporkan polis sedang menyiasat kes seorang wanita hamil disamun dua lelaki di luar tandas sebuah restoran di sini, polis hari ini memberitahu bahawa siasatan mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku, hanya rekaan semata-mata.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, wanita berumur 33 tahun yang hamil lima bulan itu mereka-reka cerita kononnya dia disamun kerana bimbang selepas dia menghabiskan wang suaminya dengan aktiviti judi dalam talian.

Beliau berkata. wanita itu dalam laporannya mendakwa dia disamun dua lelaki di luar tandas restoran berkenaan selepas mengeluarkan wang RM4,000 dari bank pada hari berkenaan, dan dia turut mendakwa mengalami beberapa kecederaan ringan selepas ditolak sehingga jatuh ke lantai sebelum barang kemasnya diragut, dan wang dilarikan.

“..bagaimanapun selepas diperiksa dengan pihak bank, kami dapati tiada pengeluaran dibuat oleh wanita itu, kisah yang diceritakan semuanya palsu. Jangan berbohong kepada polis, ia memeningkan kami dan banyak membuang masa kami,” katanya kepada pemberita.

Muhamad Farid berkata, kes disiasat mengikut seksyen 182 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan membuat laporan palsu, yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast