Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika hadir ke mahkamah bagi pendengaran permohonan untuk membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan beri penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan untuk dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram dan beri penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusn dibuat oleh Hakim Azman Ahmad yang mendapati pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pontian itu tidak ada cacat dan berasas.

Ahmad pada 21 Januari lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengiystiharkan wang bernilai RM2 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Berita lanjut menyusul – MalaysiaGazette