Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam hadir ke mahkamah bagi keputusan permohonan pendakwaan melucut hak ke atas wang RM100,000 yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam usaha melucut hak wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, hari ini, menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita daripada akaun Kasitah di CIMB Bank Berhad adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pada Jun tahun lalu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata permohonan perlucuthakan sivil difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast