Tan Tai Kim

KAJANG – Persidangan Perwakilan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) 2020 telah meluluskan tujuh resolusi termasuk meminta kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kriteria kelayakan memasuki universiti awam dan memohon jawatan agensi awam.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim turut meminta Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan segera mengaturkan pertemuan dengan Dong Zong untuk berbincang mengenai isu UEC.

Beliau berkata, pelbagai pihak telah mencapai kesepakatan mengenai isu UEC dalam manifesto pilihan raya 2018.

Katanya, Dong Zong juga memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kajian UEC dengan membuktikan kedudukan peperiksaan itu dari segi akademik dan juga status tempatannya.

Menurutnya, isu UEC bagaimanapun telah diputar belit oleh pertubuhan politik sayap kanan.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa dari mula sampai akhir, Dong Zong adalah terbuka dan sedia berinteraksi dengan semua pihak secara rasional bagi mencapai kefahaman dan kesepakatan,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Ditanya mengenai seruan seorang penasihat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya pemimpin pertubuhan “diam diam” dalam masa politik yang sensitif, Tai Kim berkata, Dong Zong akan mengambil pendekatan pendaratan licin (soft landing), tetapi tidak akan berdiam.

Katanya, Dong Zong dan pertubuhan Cina lain termasuk Hua Zong mempunyai pendirian yang sama.

“Apabila banyak perkara berlaku secara bersama, kami akan mengambil cara pendaratan licin dalam perjuangan kami,” katanya menafikan percanggahan dengan Hua Zong.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing berkata, Dong Zong boleh mengemukakan permintaan mengenai UEC pada masa yang sesuai.

“Masa yang terbaik adalah sebelum pilihan raya. Sudah tentunya, jika pilihan raya kilat diadakan, kami juga harus bertindak pantas seperti kilat,” katanya.

Menurutnya, Dong Zong akan mengemukakan permintaan masyarakat Cina melalui pelbagai saluran pada masa yang sesuai.

Resolusi Dong Zong dalam persidangan perwakilan 2020 termasuk meminta pelaksanaan pendidikan masyarakat majmuk berdasarkan keadaan masyarakat Malaysia yang pelbagai termasuk menilai semula Akta Pendidikan 1996, menggesa penubuhan  jawatankuasa pengawasan pendidikan untuk mencegah penyelewengan, dan menggesa pemberian peruntukan saksama untuk semua aliran pendidikan.

Resolusi lain adalah memohon pengiktirafan UEC, menyeru pengenalan tulisan Jawi dan pelbagai jenis seni kaligrafi berdasarkan faktor kepelbagaian dalam negara, menggesa penambahbaikan sekolah menengah jenis kebangsaan, serta meminta pengecualian cukai untuk derma dan hasil pertubuhan bukan bermotif keuntungan termasuk pertubuhan pendidikan berkenaan. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Spesis x sedar diri… Ada pilihan rakyat nk amik uec atau tidak.. Ko punyer pasal klu nk amik!! Tapi sendirilah tanggung risiko. Jangan jadi bodoh maaaa.. Sape ko nk paksa kerajaan Malaysia?? Shoh3

  2. xperlu dilayan permintaan Dong Zong.. Ini akan lebih menyebabkan org cina x boleh berbahasa Melayu

  3. Tak yah UEC, kalau nak hak samarata yg kau nk perjuangkan. Hapuskan sek jenis kebangsaan..ambil spm…ada bran…keluar sekolah bahasa malaysia pun tk tahu cakap

  4. Gi jahanam la dengan resolusi korang. Kerajaan jangan tunduk lagi dengan puak rasis Dan sedar diri ni.

  5. UEC tak diperlukan. PMO diminta keluarkn kenyataan tegas. Isu pendatang asing kita mesti bertegas begitu juga apa2 yg asing, yg diluar ruang lingkup kebangsaan. Apa2 selain sekolah kebangsaan adalah tidak diiktiraf. Hanya sekolah kebangsaan dan sekolah di bawah naungan Sultan2 diiktiraf.

  6. Uec satu ancaman kepada negara cina tak fasih berbahasa malaysia juga akan duduk dalam kerajaan kemungkinan besar semua agency akan berubah wajah,mereka nak jadikn malaysia negara china ke 2 tak mustahil boleh belaku zaman dulu berperang darah zaman skrg berperang guna akal.anak2 cina nk minta kerja kerja kerajaan tapi spm failed bahasa malaysia dgn uec dgn mudah mereka dpt kerja kerajaan.cukup celaka kaum cina nie dalam diam mereka nk serang cara halus.

  7. Suruh dia orang ni lucut kerakyatan. Nak balik australia pun takpe. Saya boleh jamin 100% rumah pun ada di australia bangsat ni.

  8. Sbg lepasan sekolah menengah JENIS kebangsaan,SMJK, melayu yg minoriti mmg dia pinggir bab kelas.. Dia bahagikan anak melayu walau pandai mcm mne pon kelas no.4 dia kasi. Mcm tu jugak kelas aliran Sains rasanya dah sedekad xde melayu dlm kelas tu. kerajaan JANGAN tunduk dgn puak ni.. Aku dh merasa rasa jd minority bwh tampuk rasis2 ni

  9. Mana suara dulu yg soh haramkan Dong Zong nih..dh jd kerajaan kan… Ke Dh mampos dh

  10. sekali uec dilaksanakan, akan ada lg tuntutan baru akan dibuat keatas kerajaan.. wait n see
    #noUEC
    #nodongzong

Comments are closed.