Keputusan Esok “Najib Bersalah atau Bebas?” | EDISI MG 27 Julai 2020

Rakyat Malaysia dan mungkin penduduk dunia, menanti dengan penuh debaran tarikh 28 Julai iaitu esok bagi mengetahui nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Tarikh keramat itu bakal dicatat sebagai detik penting dalam sejarah kehakiman Malaysia yang menyaksikan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada Najib, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-67 pada Khamis lepas didapati bersalah atau sebaliknya.