Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi mendengar keputusan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersumpah tidak terlibat dalam penyelewengan RM42 juta di mahkamah hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bangun membuat penyataan akhir sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali jatuh hukum kepadanya.

Najib dalam keadaan sayu dan beremosi namun tetap berkata, dirinya tidak bersalah dan tidak sesekali terlibat dengan penyewelengan dana SRC itu.

Untuk pengakuan itu, Najib juga bersumpah beliau tidak mempunyai sebarang saksi mahupun bukti untuk menyokong kenyataannya.

“Wallahi Wabilahi Wattallahi. Saya sekali lagi ingin menyatakan apa yang telah saya katakan sebelum ini.

“Sebagai seorang Islam, saya ingin katakan sekali lagi bahawa saya tidak meminta RM42 juta, mahupun ditawarkan kepada saya. Untuk ini, saya tiada bukti mahupun saksi menyatakan demikian.

“Sekali lagi saya katakan bahawa diri saya tidak tahu-menahu mengenai RM42 juta itu, itu sahaja hendak saya katakan,” katanya.

Terdahulu, Najib yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri selama hampir 10 tahun berkata, beliau telah membawa pelbagai transformasi positif untuk rakyat di negara tidak kira lapisan atau latar belakang.

Malah kata beliau, ada banyak perkara yang dilakukan olehnya telah membawa manfaat besar kepada umum tanpa memberikan apa-apa ‘kredit’ kepada dirinya.

“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, negara ini telah berkembang maju dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat.

“Tidak lupa juga kita telah berjaya mengekalkan lonjakan saham paling lama. Ditutup pada 1,900 mata di BSKL.

“Dalam tempoh itu juga, saya melihat banyak pembangunan infrastruktur di seluruh negara, termasuk pengangkutan dan perumahan awam dalam skala yang besar.

“Ketika itu juga saya telah pastikan semua rakyat di negara ini mendapat maanfat, sebagai contoh nelayan, petani, pekebun kecil mahun penjawat awam. Mereka semua telah menerima maanfaat daripada program-program di usahakan oleh saya bagi menjana pendapatan,” ujarnya ringkas.

Mohd Nazlan kemudian menangguhkan prosiding untuk 15 minit sebelum menyambung jatuh hukum sebentar lagi.

Najib kelihatan tenang dan tidak banyak bercakap sebaliknya hanya duduk diam di kandang tertuduh. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Lepas ni kerajaan perlu sedaya upaya cekuo Jolo dan pembelaan perlu bukti wujud pakatan org bawahan utk menipu urusan 1MDB, curang dlm tugas hingga berlaku penipuan oleh jolo ni. Sementara ada masa kes masuk mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan ni. Andai najib benar..

  2. Ada lagi 2 round , ingat lah Allah menguasai setiap sesuatu.. apatah lagi hati2 manusia…

  3. anda tahu sudah lama dah tapi selepas anda tahu apa yang anda lakukan untuk membetulkan kesilapan.. memecat TSMY dan shafiee afdhal..

  4. Ujang Mohd.. saya setuju ngan padangan anda. Mungkin tindakkan pembetulan DSN masa tu adalah salah taktik. Dia patut cekup Jho Lo terus masa tu. Sebab yang buat salah ialah Jho Lo. Skang ni Jho Lo tinggal dia terkontang kanting..

Comments are closed.