Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional sebelum mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen.

KUALA LUMPUR – Satu pertemuan tertutup dalam kalangan pemimpin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di bangunan Parlimen hari ini.

Pertemuan itu dipengerusikan Muhyiddin jam 1 petang tadi dan dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pertemuan itu membincangkan banyak perkara antaranya mengenai status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami bincang macam-macam, tapi satu pun tak boleh bagitahu media.

“(Bincang pasal status Datuk Seri Najib? Macam-macam (dibincangkan),” katanya kepada media.

Selain Ahmad Zahid turut dilihat hadir adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azalina Othman Said.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dibuat secara rasmi oleh Perikatan Nasional mengenai pertemuan itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan perjumpaan yang dihadiri semua ahli Parlmen BN.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (PNBBC) itu berkata pertemuan itu merupakan satu pertemuan biasa yang diadakan dari masa ke semasa.

Pertemuan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Artikel berkaitan: TERKINI : UMNO Akan Tentukan Hala Tuju Kerajaan PN – Zahid Hamidi

Semalam Ahmad Zahid berkata, UMNO akan mengkaji hala tuju parti itu dalam PN selepas keputusan kes Najib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sudah lama Najib bukan lagi menjadi PM atau Presiden Umno, tapi rata2 rakyat sangat sayangkannya! Perhimpunan secara SPONTAN, tanpa dirancang dimahkamah semalam membuktikannya!

    Di Chini rakyat telah membuktikannya dan akan dibuktikan sekali lagi di Slim!

    Itu yang sangat dikagumi!

  2. Wow mantapnya
    Sayangnya orang chini dapat duit 42juta
    Dapat duit 210 juta
    Kaya kaya orang chini..

  3. Kau sakit ati sebab tak dapat ker?nak jugak cakap ler…malu2 plak..tak yah segan2 le law mahu.aku ada belen lagi duit tu rm3.00,mau ker?
    Kau nak cakap duit haram..?mana kau tahu.?tolong detailkan sikit duit 42juta kau sebut tu,macam kau nampak plak.Tolong sebar fitnah tak haram plak,duit kau nampak haram..pandaiiii..

Comments are closed.