Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu daripada kluster Mambong dikesan positif Covid-19 selepas dilakukan saringan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu dikenalpasti setelah pihaknya melakukan saringan ke atas 198 individu daripada kluster berkenaan.

“Seramai 188 daripada mereka adalah warganegara Malaysia dan 10 lagi bukan warganegara.

“Dua kes adalah bukan warganegara manakala 191 dikenal pasti negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam kes berasingan sejumlah 31 individu dari kluster Sentosa dikesan positif wabak berkenaan.

Katanya, seramai 1,026 orang telah disaring dari kluster itu dan didapati 888 orang menunjukkan keputusan negatif manakala 107 lagi masih menunggu jawapan.

“Saringan ini merangkumi petugas kesihatan, ahli keluarga mereka, pekerja syarikat pembersihan, pengawal keselamatan, pesakit dan lain-lain kontak rapat,” ujarnya.

Tambah beliau, Kluster tersebut telah melibatkan kes sehingga generasi kedua dengan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati kemungkinan besar punca jangkitan adalah daripada aktiviti di dalam komuniti, katanya.

Justeru beliau berkata, beberapa langkah pencegahan telahpun diambil dalam usaha mengekang wabak itu daripada mereka.

“Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan melindungi pesakit serta anggota kesihatan, operasi Jabatan Pesakit Luar dan kemasukan pesakit baru telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak. Rawatan bagi pesakit sedia ada adalah masih diteruskan.” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast