KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru di Sabah selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menerusi gabungan baharu pelbagai parti.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu dalam masa juga mendakwa telah menerima surat Akuan Bersumpah (SD) yang membuktikan sokongan terhadapnya oleh ADUN dipercayai daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
Gabungan itu tambahnya menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
“Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.” katanya menerusi kenyataan.
ADUN Sungai Sibuga itu berkata, Tuan Yang Terutama telah memintanya untuk mengemukakan semua SD yang dimilikinya.
Musa memberi jaminan kerajaan baru itu kelak akan memperbaiki kelemahan Warisan dan akan membawa pembangunan dan kemajuan kepada Sabah dengan bantuan kerajaan Persekutuan.
“Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.
“Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat,” ujarnya.
Terdahulu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengatakan Kabinet negeri itu masih kukuh dengan dua pertiga majoriti bilangan kerusi ADUN.
Menurut laporan Borneo Post, Mohd Shafie menafikan khabar angin yang mengatakan kerajaan Sabah yang diterajuinya akan tumbang.
Sebaliknya beliau optimis mengatakan Kabinet negeri itu masih kukuh dengan dua pertiga majoriti bilangan kerusi ADUN. – MalaysiaGazette
syabas tan sri musa n sabahan
Padan muka ko Shafie…nak jd PM kunun…kat Sabah pun ko jd KM pintu belakang…poodah
Kerusi DUN bukan milik peribadi calon parti tapi adalah hak mutlak parti yg diwakilinya kerana mandat rakyat bukan kepada calon terapi kepada parti.
Oleh itu jika masih ada sisa-sisa maruah diri dan keluarga, pulangkan mandat itu semula kepada parti.
Apapun tindakan dan sokongan, adalah bersifat peribadi.
Tahniah
Tergadainya maruah dan mandat rakyat.
Apa perlunya pilihanraya?