Gambar perhimpunan yang disertai oleh Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang tidak mematuhi arahan KKM. foto FB Najib Razak

KUALA LUMPUR – Jika hendak siasat, perlu siasat semua. Barulah adil, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dipercayai merujuk kenyataan polis yang akan mengambil keterangan pihak penganjur perhimpunan bagi memberi sokongan moral kepadanya di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib turut berkongsi gambar program Bersatu Blackout yang diadakan pada 19 Julai di Alor Setar, Kedah yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam gambar itu, Dr Mahathir bergambar beramai-ramai tanpa penjarakan sosial.

Turut diselitkan juga kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat semasa menghadiri Konvensyen Penerangan Keadilan 2020 minggu lalu.

Gambar itu juga menunjukkan Anwar dan kepimpinan parti itu tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan supaya menjaga penjarakan sosial satu meter dan memakai pelitup muka.

Kedua-dua gambar membabitkan kehadiran Dr Mahathir dan Anwar itu menunjukkan mereka berada di kawasan sesak, sempit, selain tidak memakai pelitup muka

Secara sinis, Najib berkata: ”Semua pihak termasuk kita perlu ambil ini sebagai satu pengajaran bahawa penjarakan sosial dalam zaman Covid-19 adalah amat penting dan perlu diamalkan pada bila-bila masa”.

Semalam, Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, para penyokong Najib termasuk beberapa Ahli Parlimen yang berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta akan dikenakan kompaun kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) akibat gagal mengamalkan penjarakan sosial.

Katanya, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

Ingkar SOP: Polis KL diarah kompaun penyokong Najib

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Perhatikanlah bagaimana semua mereka itu menyiramkan baja beracun untuk membunuh legasi najib. Tapi mereka akhirnya akan dapati legasi najib itu hidup subur menjadi pohon beringin rendang yang mengeluarkan daun daun emas dan bunga bunga mutiara yang bekilau indah. Begitulah di umpamakan tentang legasi najib dan balasan baik yang akan dikurniakan Allah kerana kebaikannya dan kemungkaran oleh puak yang melakukan fitnah dan durjana akhirnya mendapat balasan.

  2. Najib ! Bijaksana! yesss jangan berat sebelah. Nanti takut senget . Itu baru 2 keping gambar .Bukti tu!

  3. Jika benar DSN memang x bersalah dan x buat seperti yang dituduh semoga ALLAH kembalikan segala keburukan dan laknat kepada mereka yamg membuat fitnah dan bersorak gembira tika hukuman dijatuhkan keatas DSN. DSN memang x lari dari membuat salah dan silap, tapi sepanjang pemerintahan DSN ramai yang telah dibantu khasnya golongan melayu bumiputera. Mungkin sebab itu juga DSN dibenci dan ditohmah dengan pelbagai fitnah.

  4. Betapa bahayanya puak2 ni kepada orang melayu. Muafakat kena betul2 hati2 kitol yang menjadi duri halus dalam daging.

  5. Siapa PM skarang, heran aku, bila atok buka mulut, cpt je bertindak, tp bla rakyat mta siasat atok dan tubuh RCI siasat TH, langsung xde tindakan, x berbunyi pun, siapakah sebenarnya pemerintah@PM ni?… #TSMYTAKENOTE.

Comments are closed.