Suasana penyokong-penyokong yang hadir mengiringi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar perkarangan Mahkamah berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk beberapa Ahli Parlimen yang berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini akan dikenakan kompaun kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) akibat gagal mengamalkan penjarakan sosial.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

“Saya telah arah JSJ KL untuk ambil tindakan tawarkan kompaun di bawah Peraturan 3 Aktiviti Terlarang Akta 342 atau Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020.

“Aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai dan jelas menyukarkan penjarakan sosial serta Pematuhan SOP yang disarankan Ketua Pengarah KKM mengikut Akta 342,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi pagi tadi.

Pagi hari ini, ribuan penyokong Najib dipercayai datang dari beberapa lokasi di seluruh negara, termasuk Pekan untuk memberi sokongan moral kepada beliau yang menghadapi pertuduhan penyewelengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Mahkamah memutuskan Najib bersalah kesemua tujuh pertuduhan.  -MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Boskuuu…..boskuuuu…nanti masuk dlm…..rehat sepuas2nya…..kan boskuuuu penatkan…. rehatlah

  2. yg salah tetap salah TAPI ingat semua…. setiap PRU atau PRK BN/PN tetap pilihan hati ku…..mana mungkin orang melayu islam nak pangkah parti yg dokong oleh puak2 kapir harbi DAP….mustahil, sampai kiamat pun jgn harap PH akan mendapat undi aku atau tujuh keturunan aku!

  3. Najib bukan lagi PM, bukan lagi Presiden Umno, TAPI rakyat MN sangat sayang kepadanya!

    Itulah pemimpin sejati! Tak ramai yang ada AURA tersebut!

  4. Yang dirancang cuma 3 bas sahaja, tapi secara sepontan berduyun2, berbondong2 datang beramai2!

    Walaupun diinaya untuk membayar LHDN RM1.69 billion, dipenjara 72 tahun dan didenda RM212 juta setakat ini, tapi rakyat tetap datang sokong dia!

    Rakyat faham benar penginayaan terhadap beliau. Itulah pemimpin sejati pemimpin disayangi!

    HIDUP NAJIB!!!

  5. Kalau nak kompaun, kompaun la sekali wartawan2, jurukemera2 baik dalam dan luar negara! Dah boleh sekat pintu2 keluar negara sekarang!

    Mereka juga tidak menjaga sosial distancing, baru nampak adil!

Comments are closed.