TERKINI : Di Mahkamah Rayuan, Peluang Najib Razak Dibebaskan – Tan Sri Shafee

Peluang Datuk Seri Najib Razak dibebaskan daripada tujuh pertuduhan jenayah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd dilihat tinggi sekiranya dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Menurut peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ini kerana pihak pembelaan mempunyai asas yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi.

“Kami tentu saja akan membuat rayuan kedua-dua sabitan dan juga hukuman, dan kami yakin kami mempunyai peluang baik untuk kedua-duanya,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur malam tadi.