Shafie Apdal
Reaksi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pembubaran DUN Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 30 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diumum telah terbubar hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut Mohd Shafie, pembubaran DUN berkenaan telah pun diperakukan oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.

Dengan pengumuman itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat persediaan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Justeru, Mohd Shafie mengingatkan rakyat di negeri berkenaan agar bertenang dengan keputusan yang telah dibuat itu.

Katanya, meskipun DUN telah terbabur namun beliau masih lagi menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga pengumuman pemilihan kerajaan baharu diumumkan oleh SPR. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. tahniah TSMusa bijak mengatur langkah.bungkus Spie n Atuk xdpat pencen yb2 ,exco2,menteri2
    Tahniah rakyat Sabah dapat durian runtuh angkara keegoan nak jadi PM.kah2

  2. Siapa suruh mahu bagi i.c pada PATI. Kaum asli sabah tidak akan bertolak ansur dengan perkara ni.

  3. Aiiikkkk baru semalam pompuan Cina Timbalan Ketua Menteri yg ada skandal jual tanah tu kata kerajaan Pie Afdal kukuh..kenapa bubar? kih kih kih

Comments are closed.