Ismail Sabri Yaakob government corruption MACC
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Pendaftaran semula kemasukan ke Kolej matrikulasi akan bermula pada 3 hingga 7 Ogos ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan melibatkan sejumlah 30,000 pelajar dari 15 buah kampus.

Katanya, proses pembelajaran hanya akan bermula sseminggu selepas proses pendaftaran dilakukan.

“Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula ia akan dibuka pada bulan September yang akan melibatkan 5,000 pelajar baru dan 8,000 pelajar sedia ada,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Perdana Putra hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pembukaan semula Kolej Matrikulasi dan IPG itu telah dipersetujui oleh menteri-menteri menerusi mesyuarat khas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pembukaan kedua-dua institusi itu tertakluk kepada Prosedur Operasi Standar (SOP) dan garis panduan yang telah dipersetujui.

“Antara langkah-langkah bagi mengawal penularan Covid-19 termasuk penjarakan sosial serta keselamatan dan kebersihan diri dan masyarakat sekeliling,” ujarnya. – MalaysiaGazette