Sergio perez positif Covid-19 dan tidak akan beraksi dalam GP British

LONDON – Pelumba pasukan Formula satu (F1) Racing Point, Sergio Perez disahkan positif Covid-19 sekaligus terlepas perlumbaan Grand Prix British Ahad ini.

Pelumba kelahiran Mexico itu adalah pemandu pertama F1 yang disahkan positif jangkitan Covid-19.

Kini Perez diasingkan di bawah Perintah Pemerhatian di Rumah (HSO) termasuk kesemua kontak rapatnya.

Perkara itu disahkan oleh sistem mengesan dan menjejaki kes Covid-19.

Kenyataan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) hari ini berkata prosedur Covid-19 telah digariskan dan dipatuhi secara sepenuhnya melibatkan semua pasukan F1.

Kenyataan sama menambah bahawa kes positif membabitkan salah seorang pelumba F1 tidak membawa kesan kepada perlumbaan yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Racing Point dalam kenyataan lain berkata, pelumbanya Perez dalam keadaan baik menjalani kuarantin diri di rumahnya.

“Dia kelihatan sihat di rumahnya dan akan terus mengasingkan diri sepertimana disyaratkan pasukan kesihatan Covid-19,” kata pasukan itu.

Pasukan berkenaan merancang melibatkan dua enjin dalamrlumbaan kali ini dan sedang berusaha ke arah itu berikutan salah seorang pelumbanya positif Covid-19.-MalaysiaGazette