SPR Terima dan Maklum Pembubaran Dun Sabah | EDISI MG 31 Julai 2020

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15, kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu namun belum memberi tarikh mesyuarat tersebut akak diadakan.