LONDON – Salah seorang pemandu Formula Satu (F1) British yang akan berlumba di Grand Prix Slverstone pada hujung minggu ini, Lando Norris mendedahkan topi keledar khas yang direka oleh peminatnya berusia enam tahun.

Topi keledar itu memaparkan lukisan krayon dihasilkan oleh peminat muda yang dipilih ‘mungkin daripada beribu (rekaan)’ pada peraduan yang dianjurkan Norris, menurut pemandu McLaren itu.

“Saya sukakannya, ia sangat asli,” kata Noris semasa mendedahkan topi keledar itu.

“Kami menerima banyak rekaan, mungkin beribu. Saya mahukan sesuatu yang asli, sesuatu yang saya tidak biasa dengannya, sesuatu yang mungkin sangaT bermakna kepada individu itu dan juga saya.

“Ia mengingatkan saya kepada diri sendiri ketika saya masih muda, mereka topi keledar, melukisnya apabila saya berusia lima atau enam tahun,” katanya.

Ia bukannya sesuatu yang asing kepada pemandu berusia 20 tahun itu mendedahkan rekaan baharu topi keledar yang mana sebelum ini peralatan keselamatan sukan permotoran itu mendedahkan rekaan lukisan pada Grand Prix Jepun pada tahun lalu, topi keledar yang diinspirasikan daripada ‘Day of the Dead’ pada Grand Prix Mexico dan topi keledar yang memberi penghargaan kepada pelumba Moto GP, Valentino RFossi pada Grand Prix Itali.

Norris merancang untuk menggunakan lebih banyak topi keledar direka khas pada masa depan dan memberitahu peminatnya pada akaun Twitter: “Saya mahu berlumba Formula 1 selama setahun dengan (memakai) topi keledar (untuk) peminat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast