Alexis Sanchez

ROM – Inter Milan secara tidak rasmi sudah memiliki Alexis Sanchez secara tetap selepas rundingan mengenai masa depan pemain itu bersama Manchester United sudah mencapai persetujuan apabila penyerang akan menjadi hak milik tetap kelab Serie A itu.

Menurut laporan dari Sky Sports, Nerazzurri kini akan mendapatkan pemain antarabangsa Chile itu secara percuma.

Inter meminjam Sanchez dari United pada jendela perpindahan musim panas 2019.

Walaupun pada mulanya pemain itu tidak menunjukkan prestasi yang menjanjikan tetapi setelah memasuki tahun ini terutama setelah liga bersambung, Sanchez menunjukkan penampilan yang mengagumkan.

Sebab itulah Inter berhasrat untuk menjadikan Sanchez sebagai pemain tetap walaupun pada mulanya United menetapkan nilai perpindahan Sanchez dengan harga €15 juta.

Ini kerana Sanchez memilih untuk menamatkan kontraknya dengan United yang masih sah hingga 30 Jun ini, yang mana terdapat klausa mengatakan Inter berhak untuk tidak memberikan apa-apa wang kepada kelabnya.

Penamatan kontrak ini sebenarnya juga menguntungkan United kerana jika Sanchez masih bergelar pemain United, dia hanya menjadikan beban kewangan United menjadi lebih berat. 

Ketika ini, penyerang berusia 31 tahun itu mempunyai gaji  £18.2 juta setahun di United.

Memandangkan United juga tidak lagi memerlukan khidmat Sanchez maka pastinya lebih baik buat mereka untuk segera melepaskan bekas bintang Arsenal itu.

Untuk pihak Inter pula, mereka hanya akan mengeluarkan wang untuk membayar gaji Sanchez.

Namun, gaji Sanchez di Nerazzurri berbeza ketika dia berada di kem Red Devils.

Sementara itu, Sanchez bersedia mengurangkan gajinya menjadi €7 juta setahun untuk kekal di Inter.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast